Tuesday, February 24, 2009

73 peratus wanita tak puas di ranjang???

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.

“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.

Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.

Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.

Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.

13 comments:

  1. salam kenal sang fakta!!!! dari cj.....
    ni semua fakta yang betol ka??? haha....

    ReplyDelete
  2. nak puas suh la laki dia jadi buas ckit kat ranjau....beli tongkat ali banyak2..letak kat umah...hahaha

    ReplyDelete
  3. salam kenalan..betul ke kajian ni..kihkihkih..

    ReplyDelete
  4. sapa yg buat kajian nih? kalo mat salleh..susah mau cakap cos dia orang suka putar belitkan fakta..neway, foul play sgt penting dlm merangsang pasangan kita sebelum aksi seterusnya...

    ReplyDelete
  5. kalau x puas bagilah sampai dia puas...tanye pasangan kite tue dah puas belum? hehe =)

    ReplyDelete
  6. Babah ada solution. Datang blog babah... Bertahun-tahun dah guna.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Jangan lepaskan peluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

    Sila layari:
    http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

    ReplyDelete
  8. Errmmm betul ke?
    Baru folo..
    folo me back..

    ReplyDelete
  9. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete