Thursday, February 12, 2009

Cinta datang dari otak???



WASHINGTON - Seorang pakar neurosains di New York, Larry Young mendapati sumber perasaan cinta datangnya dari otak dan bukannya hati.

Dia membuat penemuan itu selepas melakukan kajian bersama beberapa penyelidik lain bagi menjelaskan punca cinta romantik menerusi kaedah biologi.

Penemuan itu bertentangan dengan tanggapan banyak pihak bahawa perasaan cinta datang dari hati.

"Ia (cinta datang dari otak) mempunyai asas-asas biologi," kata Young dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Yerkes di Universiti Emory, Atlanta.

Kawasan utama dalam otak yang mewujudkan perasaan cinta itu dikenali sebagai ventral tegmental (VTA).

Menurut seorang penyelidik, Profesor Helen Fisher dari Universiti Rutgers, kawasan VTA menjadi aktif ketika seseorang itu cuba memenangi cinta. - Shazan suhaimi melaporkan...

No comments:

Post a Comment