Tuesday, February 24, 2009

73 peratus wanita tak puas di ranjang???

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.

“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.

Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.

Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.

Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.

Sunday, February 22, 2009

Siapa Jumpa Amerika Utara?

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.

Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!

Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?

Kelas: Sin Chan Cikgu !!!

Penangan gadis seksi

Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan.

Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana.""Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.

Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya."Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untukpenumpang lain," pujuk ketua pramugari."Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.

Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.

"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan."Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.

Wednesday, February 18, 2009

Pakatan Rakyat umum calon ikut parti bertanding pilihan raya lalu

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mengikut kerusi parti yang bertanding pada pilihan raya umum lalu di kedua-dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk meletakkan calon Pas pada kerusi Parlimen Bukit Gantang dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi DUN Bukit Selambau.

“Cuma nama calon akan diumumkan kelak, senarai nama mengikut parti bertanding sudah ada, menunggu masa sesuai saja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan Bengkel Memperkasakan Pakatan di sini, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan berikutan wakil rakyatnya V Arumugam daripada PKR meletakkan jawatan pada Ahad lalu manakala pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan ekoran kematian Ahli Parlimennya, Roslan Shaharum, daripada Pas Isnin lalu akibat serangan jantung.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi itu akan diadakan serentak pada 7 April ini. Penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac depan.
Arumugam, 55, yang bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu memenangi kerusi DUN Bukit Selambau selepas mengalahkan calon BN, S Krishnan dengan majoriti 7,695 undi.

Arumugam kemudian menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri dengan memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Allahyarham Roslan, 50, menewaskan Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, Mohganan P Manikam dengan majoriti 1,566 undi di kerusi Bukit Gantang.

95 penagih pelajar IPT

PASIR GUDANG: Seramai 95 orang atau kira-kira dua peratus daripada 12,352 penagih dadah yang ditahan pihak berkuasa di seluruh negara, tahun lalu, membabitkan pelajar kolej atau penuntut di universiti.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadak Kebangsaan (AADK), Prof Dr Mahmood Nazar Mohamed, berkata walaupun jumlah itu boleh dianggap kecil, ia tidak dipandang remeh kerana pihaknya mahu mendekati dan mendidik setiap lapisan masyarakat bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan dadah.

“Seramai 95 pelajar terbabit berasal dari kawasan bandar dan luar bandar dengan sebahagian besar daripada mereka mengambil dadah perangsang jenis amphetamine (ATS) atau dadah sintetik dan baru pada peringkat awal terbabit dalam penagihan dadah.

“Selain itu, terdapat kajian sebuah universiti, dua daripada setiap 1,000 pelajar terbabit dengan dadah.



“Kami akan berusaha mendekati dan mendidik warga universiti serta kolej supaya menjauhi dadah kerana mereka dianggap golongan berpotensi cemerlang dalam pelajaran dan membantu negara di masa depan,” katanya selepas Program Memperkasa Komuniti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pelancaran Rakan Anti Dadah (Rada) Peringkat Negeri Johor di Politeknik Johor Bahru, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Mohd Yusof Kasim, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

Dr Mahmood berkata, program Rada itu bertujuan menggalakkan bakal graduan menjadi mata dan telinga kepada agensi berkenaan dan ia hampir sama dengan Rakan Cop.

Sunday, February 15, 2009

Aku sepertimu bukan jasadmu!!

Salam kengkawan.....
arini aku nak menulis lagi... aku rasa sebak jea arini ntah nape.. mungkin orang lelaki camni kot. tapi yang pastinya berlaku sebagai fakta pengalaman diriku sendiri.
kengkawan nak tau tak nape aku seorang yang kadang 2 lawak n kadang2 nak serius tak menjadi n kadang2 pastinya menjadi?
aku sebenarnya nak menghiburkan korang semua walaupun aku tau ada yang tak suka ngan perangai aku. so terus terang aku minta maaf la kalo korang smua membenciku tapi niatku adalah untuk menimbulkan suasana yang hepy dalam clas n kat mane2 lah....
kini aku tak mampu lagi membuahkan kata2 lawak seperti dulu kerna aku tengok korang semua serius jek ngan aku... so aku wat rrr keje aku sendiri n aku wat epy kat sape2 yang nak dirinya epy... aku tau korang nak epy tapi masih ada gate jiwamu, rohmu yang membangkang dirimu terhadapku........xpelah aku tak kisah!!! apa yang penting aku sepertimu bukan jasadmu> peace!!!

Alam FPBU kian meruncing???

Salam kengkawan....
arini aku nak menukilkan satu nukilan dihati bahawa setiap manusia ada perasaannya sendiri untuk melakukan sesuatu, malahan ada yang mahu dirinya menyepi dan ada yang suka bermati matian berada dalan satu kelompok dan ada yang suka perkenakan kawan sendiri dan ada yang bermasam muka dan ada yang suka tergelak gelak dan ada yang suka menunjuk-nunjuk keaiban orang lain padahal diri sendiri masih di alam palsu.Nah! masih ada yang bermusuh musuhan mengatakan dirinya betul, kawan sendiri dipersalahkan dan menyatakannya dengan berjauhan antara diri masing2.Kekadang aku sendiri tak sedar bahawa aku pernah membuat kekecohan terhadap kengkawan... tapi masih ramai yang tak mengerti bahawa kehidupan ini tak kan manis jika tak dicampuri dengan asam garam selagi badan masih bernyawa.
apa yang pelik adalah sesetengah daripada mereka tidak ingin memperbetulkan keadaan.. siapa yang salah dan siapa tak salah??? persoalan ini timbul dan semakin merumitkan keadaan jika semua tak ambil kisah...
aku tau semua manusia ada masalah peribadi bahkan nabi sendiri pun ada tentangan hebat dari kaum yang membencinya... jadi, sama-samalah kita mencari salah sendiri, jangan persalahkan orang lain... betulkan dahulu diri sendiri barulah dapat perbetulkan orang lain. seorang ayah yang menyuruh anaknya solat tapi diri sendiri tak solat adakah ia suatu jaminan yang hakiki di dunia dan akhirat?

Oohhh kakiku!!!

SELANGOR- Sabtu&Ahad: UPM menganjurkan sukan persahabatan antara kor suksis zon tengah iaitu UM,UKM,UITM,UIAM,UPM dan USIM yang berlangsung selama dua hari bermula jam 8pagi hingga 7petang. Sukan yang terlibat adalah bola sepak, futsal, bola tampar, badminton dan bola jaring.
Nak dijadikan cerita, aku terlibat main bola sepak. Oleh kerana aku pemain pertahanan tidak dapat tidak aku kena jaga betul2.


Ditakdirkan pemain lawan demi lawan aku tumpaskan, last2 diorang cari kelemahan aku... diorang sepak kaki kanan aku. aku kuat kaki kiri.. dah banyak kali kaki kiriku bertembung ia tetap bertahan.


Selepas kena sepak kat diorang aku jatuh n menjerit... sakit sangat tak terkata. pastu aku keluar padang diganti ngan pemain len..


Lastly, aku hanya mampu tengok pasukan aku berlawan ngan pasukan len... aku masih bersemangat tapi kakiku tak dapat berjanji ngan aku.. aku mengalah gak akhirnya... skang aku berjalan terhinjut2 p clas.. nek turun tgga pun susah... harap2 kakiku sembuh cepat.....thanks!!!


Thursday, February 12, 2009

Cinta datang dari otak???



WASHINGTON - Seorang pakar neurosains di New York, Larry Young mendapati sumber perasaan cinta datangnya dari otak dan bukannya hati.

Dia membuat penemuan itu selepas melakukan kajian bersama beberapa penyelidik lain bagi menjelaskan punca cinta romantik menerusi kaedah biologi.

Penemuan itu bertentangan dengan tanggapan banyak pihak bahawa perasaan cinta datang dari hati.

"Ia (cinta datang dari otak) mempunyai asas-asas biologi," kata Young dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Yerkes di Universiti Emory, Atlanta.

Kawasan utama dalam otak yang mewujudkan perasaan cinta itu dikenali sebagai ventral tegmental (VTA).

Menurut seorang penyelidik, Profesor Helen Fisher dari Universiti Rutgers, kawasan VTA menjadi aktif ketika seseorang itu cuba memenangi cinta. - Shazan suhaimi melaporkan...

Thursday, February 5, 2009

Hantu USIM mencari MaNgSa

Assalamualaikum..........

kepada semua kengkawan yang aku sangat2 sanjungi dan dihormati.. arini aku nak cite sket pasal cerita pelik yang tak berapa pelik tapi menyeramkan.. nak dijadikan cite, satu ari aku lepak2 kat pkp sambil tggu bas.. pastuuuuuu.....




Gambaran hantu pocong

datang la pakguard posing2 dpn aku.. ingatkan nak goda aku.. sory arr aku tak layan...cheeeewahh.

lama kelamaan aku tegur dia dan borak2 kit tambah ilmu len.. pastu dia ckp satu malam dia kena usik dek hantu indon yang mati kat bangunan FST..

" cheewah ada quote lak.. bese lar student journ huhu2.. pakcik nampak bayangan melintas berbaju kurung putih.. bukan3.. berkain sarung kot takpun kain kapan kot..

"pakcik takut gak tapi pakcik control macho.. pas2 pakcik p solat isyak..
masa tgh solat pakcik diganggu lagi... hantu tu ketok pintu berkali2 dan terdengar bunyi dengusan yang kuat... mujurlah tgh solat.. kalo tak dah lama cabut.

belum sempat aku dgr abes.. bas da dtg n aku pun terus balik.

MORAL: BERHATI2LAH ANDA.. JGN MERAYAU2 MALAM2 KAT KWSAN TU.. KALO BLEH BERTEMAN... PEACE!!!!

Hai kawan2 ku jom Belajar Bahasa Kelantan...he3

Skali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh gitu mo - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Mona - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Pahik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi jutai Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing purrit - Teramat Masin

Nipih do'oh - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir rokrak / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puah - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

sudu sudu senun -??????

Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di Malaysia

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Fakta Sejarah yang takda dalam buku Sejarah Tingkatan 5

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
TalibanTaliban Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

Wednesday, February 4, 2009

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam fitrah untuk semua sahabat yang sentiasa berhubung dengan kami di laman web ini.
Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam seharidan 7 hari seminggu. Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandaimengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurusimej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

rimba cinta ilahi

Ya Allah... jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu... RahsIa dIhaTi haNya Tuhan yaNg taHU..... Salam Sejahtera Tiada secantik bahasa mu Ku gubah lalu menjadi lagu Tidak setanding paras Wajahmu itu menjadi rindu Andainya bulan retak seribu Bayangmu ada dimana-mana Jika kaca berderai Luka tertusuk Seluruh jiwa Kita pun diibaratkan Kasih suci yang bahagia Aku turut merasakan Mahligai yang Jadi nyata... bersamamu Pertama dan kaulah segalanya Riwayat yang menghikayat cinta Kasih jangan biarkan Kata yang nista Membakar kita Kata janji bukan ukuran Hanya sejati dalam diri Kuburkan aku dihatimu Demi cinta sebelum mati Sejauh manapun terpisah Kau dihatiku dan ku sama Dalam tidur dalam terjaga Ku ucapkan salam sejahtera

Wednesday, January 14, 2009

Understand it!!!!!!



"Say: We believe in Allah (God Almighty) and that which was revealed to Abraham and Ishmael and Isaac and Jacob and the tribes and that which was given to Moses and Jesus and to the Prophets from their Lord; we make no distinction between any of them, and to Him (God) we submit."[Qur'an; 3:83]

Islam has three essential aspects or levels. They are Islam, Iman and Ihsan.
Islam, In the lexical context, means surrender and submission to the commands of Allah Ta'ala. This meaning occurs in the Qur'an:"Then, when (Ibrahim (alayhi-salam) and his son) had both submitted (to Allah's command for Ibrahim (alayhis-salam) to sacrifice his son), and (Ibrahim) laid (his son) down on his forehead."[surah as-Saffat; 37:103] Islam also shares the same root as "salam" which is peace, and thus it conveys the meaning of attainment of or bringing about of peace. A Muslim is a person who has entered into peace

Iman (belief) lexically means affirmation and confirmation in the heart.
Ihsan, means goodness, to strive for excellence in achieving piety. All these of these are explained in the infamous hadith found in the widely circulated and read Forty Hadith compiled by Imam Nawawi. It was narrated by 'Umar ibn al-Khattab (radiAllahi anhu), and is found in sahih Muslim;

"One day we were sitting in the company of the Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, when there appeared before us a man dressed in pure white clothes, his hair extraordinarily black. There were no signs of travel on him. None of us recognized him. He sat with the Prophet, peace and blessings be upon him. Resting his knees against his and the palms of his hands on his thighs, he said, 'O Muhammad, tell me about Islam'.
The Messenger of Allah replied, 'Islam is to testify that there is no god but Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, to establish the prayer, pay the zakat, observe the fast of Ramadan, and perform the pilgrimage to the House if you are able to do so'. He said, 'You have spoken the truth,' and we were amazed at him asking and then verifying that he had spoken the truth. He then said, 'Inform me about Iman'.He replied, 'It is to believe in Allah, His angels, His books, His messengers, the Last Day, and in the divine destiny of both good and evil'. He said, 'You have spoken the truth'. He then said, 'Tell me about Ihsan'. He said, 'It is to worship Allah as if you see Him, for though you do not see Him, surely He sees you'. He then said, 'Inform me about the Hour'. He replied, 'The one who is asked knows no more than the one who is asking'. He said, 'Tell me some of its signs'. He said, 'That the slave-girl will give birth to her mistress, and barefoot, destitute shepherds will compete with one another in the building of magnificent buildings'.Then he (the questioner) went on his way but I stayed with him (the Prophet) for a long while. He said to me, 'Umar, do you know who this questioner was?' I replied, 'Allah and His Messenger know best'. He said, 'He was Gabriel. He came to instruct you in your religion."