Tuesday, February 24, 2009
73 peratus wanita tak puas di ranjang???
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.
Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.
Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.
Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.
“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.
“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.
Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.
Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.
Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.
Sunday, February 22, 2009
Siapa Jumpa Amerika Utara?
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu !!!
Penangan gadis seksi
Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa, "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana.""Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya."Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untukpenumpang lain," pujuk ketua pramugari."Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan."Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.
Wednesday, February 18, 2009
Pakatan Rakyat umum calon ikut parti bertanding pilihan raya lalu
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mengikut kerusi parti yang bertanding pada pilihan raya umum lalu di kedua-dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju untuk meletakkan calon Pas pada kerusi Parlimen Bukit Gantang dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kerusi DUN Bukit Selambau.
“Cuma nama calon akan diumumkan kelak, senarai nama mengikut parti bertanding sudah ada, menunggu masa sesuai saja,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan Bengkel Memperkasakan Pakatan di sini, semalam.
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, Kedah diadakan berikutan wakil rakyatnya V Arumugam daripada PKR meletakkan jawatan pada Ahad lalu manakala pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan ekoran kematian Ahli Parlimennya, Roslan Shaharum, daripada Pas Isnin lalu akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi itu akan diadakan serentak pada 7 April ini. Penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac depan.
Arumugam, 55, yang bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu memenangi kerusi DUN Bukit Selambau selepas mengalahkan calon BN, S Krishnan dengan majoriti 7,695 undi.
Arumugam kemudian menyertai PKR dan dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri dengan memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.
Allahyarham Roslan, 50, menewaskan Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, Mohganan P Manikam dengan majoriti 1,566 undi di kerusi Bukit Gantang.
95 penagih pelajar IPT
PASIR GUDANG: Seramai 95 orang atau kira-kira dua peratus daripada 12,352 penagih dadah yang ditahan pihak berkuasa di seluruh negara, tahun lalu, membabitkan pelajar kolej atau penuntut di universiti.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadak Kebangsaan (AADK), Prof Dr Mahmood Nazar Mohamed, berkata walaupun jumlah itu boleh dianggap kecil, ia tidak dipandang remeh kerana pihaknya mahu mendekati dan mendidik setiap lapisan masyarakat bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan dadah.
“Seramai 95 pelajar terbabit berasal dari kawasan bandar dan luar bandar dengan sebahagian besar daripada mereka mengambil dadah perangsang jenis amphetamine (ATS) atau dadah sintetik dan baru pada peringkat awal terbabit dalam penagihan dadah.
“Selain itu, terdapat kajian sebuah universiti, dua daripada setiap 1,000 pelajar terbabit dengan dadah.
“Kami akan berusaha mendekati dan mendidik warga universiti serta kolej supaya menjauhi dadah kerana mereka dianggap golongan berpotensi cemerlang dalam pelajaran dan membantu negara di masa depan,” katanya selepas Program Memperkasa Komuniti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pelancaran Rakan Anti Dadah (Rada) Peringkat Negeri Johor di Politeknik Johor Bahru, semalam.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Mohd Yusof Kasim, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.
Dr Mahmood berkata, program Rada itu bertujuan menggalakkan bakal graduan menjadi mata dan telinga kepada agensi berkenaan dan ia hampir sama dengan Rakan Cop.
Sunday, February 15, 2009
Aku sepertimu bukan jasadmu!!
arini aku nak menulis lagi... aku rasa sebak jea arini ntah nape.. mungkin orang lelaki camni kot. tapi yang pastinya berlaku sebagai fakta pengalaman diriku sendiri.
kengkawan nak tau tak nape aku seorang yang kadang 2 lawak n kadang2 nak serius tak menjadi n kadang2 pastinya menjadi?
aku sebenarnya nak menghiburkan korang semua walaupun aku tau ada yang tak suka ngan perangai aku. so terus terang aku minta maaf la kalo korang smua membenciku tapi niatku adalah untuk menimbulkan suasana yang hepy dalam clas n kat mane2 lah....
kini aku tak mampu lagi membuahkan kata2 lawak seperti dulu kerna aku tengok korang semua serius jek ngan aku... so aku wat rrr keje aku sendiri n aku wat epy kat sape2 yang nak dirinya epy... aku tau korang nak epy tapi masih ada gate jiwamu, rohmu yang membangkang dirimu terhadapku........xpelah aku tak kisah!!! apa yang penting aku sepertimu bukan jasadmu> peace!!!